Sunday, September 5, 2010

1st time pakai selendang dan contact lense....

halu2...semakin aktif meng'update' blog....hehehe~~~tengah tak de keje and kebohsanan teramat..so,sini la tempatnya yg sesuai..dari bercerita kpd org yg tak sudi dengar,baik tulis an...sapa rasa nak baca,sila la baca..tiada paksaan..ok2..bukan nak cita pasal ni sebenarnya..

actually...entry kali ni aku nak citer pengalaman pertama2 kalinya aku memakai selendang dan contact lense..bukan la bermaksud nak riak ke apa ke.ntah tiba2 rasa nak meng'gedik' melaram sakan..hehe~~..so,juz saja nak kungsi crita..ngee~~~aku ni tak pernah rasa nak pakai selendang coz rasa cam melekat kat kepala ku yg bulat ni..hohoho~~~contact lense plak aku takut nak pakai..g pon,power mata aku agak tinggi..tp,member aku ada jual..so,aku cam 'terbeli'..bley trima ke alasan tu??haha~~the most important thing,perasaan ingin cuba 2 ada..nak dijadikan crita,aku melaram pakai la selendang and lense(colour hazel) hari ni..aku on the way balik kg sebenarnya...dari KL ke Butterworth..naik bus kat Bukit Jalil..bukan nak kata apa la kan...pagi yg indah hari ni,tiba2 hujan time aku nak kuar dari rumah Maksu aku kat Sg.Besi..aku teringat kata2 mak aku..kalo kita buat sesuatu yg tak pernah2 dibuat,"hujan la alamatnya..."bukan nak percaya benda khurafat...saja ja..kadang2 bila teringat kata2 org tua ni,boley wat aku tersenyum..banyak betul la benda2 yg tak berkaitan nak dijadikan bahan..berbalik ngan crita aku,aku terima ja la hari ni hujan..ok..meredah hujan dengan tenang..nampak cam renyai2,tp cam kuyup gak ar..tak pe la dugaan..hurm..tiket bus kul 9pg..bus lewat 10minit..but perjalanan alhamdulillah clear..tapi,aku ni la yg tak berapa selesa..dua tiga kali gak ar meng'adjust' selendang...tak selesa!!!!rasa nak jerit ja..tapi kena control coz dalam bus...may be coz banyak gerak..ye la..bangun tido..bangun tido..tido plak bukannya statik..kejap2 ke kanan..kejap2 ke kiri..huhuhu~~~serabut la rasa..niat dalam hati nak betulkan kat toilet..memang cantek sgt la...bus tak berhenti hari ni..may be sebab puasa kowt..wa...camne ni..buat2 kool...ok la..selamat sampai kat Butterworth walaupon dalam keserabutan...terasa mata2 memandang ke arahku(perasan sebenarnye kowt..haha~~)terus menuju ke toilet nak betulkan apa yg patut sementara menunggu my daddy datang jemput..hari ni nak mengada lebey2 coz puasa kan..hehehe~~~slalu balik naik bus sendiri je sampai rumah..kat toilet aku betulkan selendang..baru terasa confident ku kembali..hehhee~~~lense pon aku cuci and pakai balik...boley plak ada budak dalam toilet menangis tengok aku buka lense..katanya aku keluarkan bijik mata..nak gelak..tapi...tak tergelak..malu plak rasa..cepat2 je pakai semula lense and keluar dari toilet...risau plak kang histeria budak 2..macam2 hal..keluar toilet dgn penuh keyakinan..hehee~~tunggu la my daddy..nampak je keta abahku,aku terus ke arah keta..baru je masuk and duduk..tiba2..keta tak ley start...wa..apakah lagi dugaan hari ni??abahku suruh adik laki aku turun and tolak agar boley start..aku tak sampai ati la plak..aku dah la 'ringan'..tak tertolak kang..aku pon rela hati turun and tolong skali tolak keta..bayangkan dengan penuh elegant pakaian aku hari ni,kena tolak keta..adush...malu..tp,pasrah je la...dah bley start..kami meneruskan perjalanan...keta kesayangan abah aku buat hal skali lagi..kali ni kat traffic light plak..saje je keta abahku nak naik kan'saham' aku...kena tolak g skali..kali ni,memg banyak gila keta,motor,segala kenderaan ah tgk gelagat aku and adik aku tolak..semput pon ada..dah la penat traveling journey dari KL pon tak abes..posa plak 2..aduh,terbayang2 air sejuk..haish..dugaan...kali ni lagi best..tak ley start gak..penyudahnya,berhenti tepi jalan..wah la wei..ramai gila datang dengan niat membantu..aku sgt hargai walaupon muka rasa tebal 10inci..huhuhu~~~siap van jabatan pertahanan awam pon berhenti tanya apa masalah..aduhai..nasib2..tapi,ada sorang maca(uncle india)tolong..dia keje pomen(mechanic)..dia kata problem ngan bateri keta..dia bley tolong belikan and tolong pasang..abah aku pon on je la..nak cepat and terdesak..wlaupon abahku tak puas hati ngan cas yg maca 2 kenakan...(agak mahal)tp,terdesak punya pasal,layankan je la...kami pon selamat sampai ke rumah...begitula alkisahnya...hari yg agak malu bagi ku..lebih memalukan,time aku nak melaram la jadi benda2 gini..apa2 pon,aku percaya ada hikmah..(ayat redo)..that all....
p/s:if korang rasa crita and tajuk entry tak related...hahaa~~harap maaf k...huhuhu~~~~

Saturday, September 4, 2010

StOrY TeLLiNg Part 2

halu2..salam semua...actually entry ni sambungan crita story telling yg di post 12august lalu..tak sangka la plak ada member aku berminat baca n suh sambung crita merapu aku ni..tp,aku berterima kasih kat dorang yg sudi singgah baca crita tipu 2..hehehe~~~untuk membalas jasa anda yg sudi membaca,sy sambung crita ni untuk part 2..tp sorry le baru update coz ke'busy'an melanda sejak akhir2 ni...okes...pay attention n story begin....

Di Taman Cinta...

si F yg tekad untuk kembali dan menetap di Taman Cinta berjalan keseorangan..dia meninggalkan si M di tebing Jambatan Persahabatan..walaupon berat hati nya mengambil keputusan itu..tetapi,dia gagahkan juga kakinya melangkah..sesekali dia berpaling kebelakang mengharapkan si M berubah keputusan dan menggapai tangannya..jika itu berlaku,dia bisik kan pada hati nya,dia sanggup bersetuju mengikut si M kembali ke Taman X...harapan hanya tinggal harapan...si M tidak berganjak dari kedudukan nya..si F sgt kecewa..dalam hatinya dia berkata..tiada guna dia menaruh harapan walaupon hatinya masih mengharapkan keajaiban berlaku..dia mengorak langkah satu persatu kembali ke Taman Cinta...berjalan tanpa arah tujuan..sesekali ia terpandangan pasangan2 lain yg kegembiraan,ada rasa cemburu dan marah dalam hatinya..tetapi,dia hanya mampu melihat..tidak mampu mengubah apa2..sesekali terpandang pasangan yg bergaduh..dan kemudian berbaik semula...dia bagaikan ingin menitiskan air mata..semua itu hanya kenangan...alangkah indahnya saat2 dia bersama si M..ah..ada rasa marah bila terkenangkan nama itu..tapi..ada juga perasaan rindu...si F terasa ingin meluputkan segala ingatannya pada si M..akan tetapi..makin ingin dia lupakan..semakin rindu dan terkenangkan si M..setiap tempat di dalam Taman Cinta mengingatkan dan menguatkan ingatan nya pada si M..kadang2 dia merasakan menyesal kerana pernah mengenali seorang lelaki yg bernama si M..tp,masa tak mungkin boleh berundur..dia pasrah..dia teruskan perjalanan dan tiba di taman permainan yg slalu dia dan si M bermain..benci,rindu,sakit..pelbagai perasaan bercampur baur..si F menitiskan air matanya yg kesekian kalinya..dia berlari..berlari sekuat hati dengan harapan segala ingatannya terhadap si M akan hilang...tiba2 dia tersepak sesuatu dan terjatuh..sakit..tetapi,tidak seperit dan sesakit hatinya...sedang dia cuba mengesat luka akibat terjatuh,tiba2....ada tgn dihulurkan kepadanya..dia medongakkan kepala dan terpandang susuk tubuh seorg lelaki..walaupon saling tidak mengenali,si F yg kekeliruan menyambut tgn itu..bermula perkenalan dan mulalah bibit2 persahabatan..jejaka tersebut bernama Mr.Q..si F merasakan kehadiran Mr.Q tepat pada masanya..kerana dia sgt2 memerlukan seseorg sebagai teman berbicara..Mr.Q seorg yg memahami dan si F mulai selesa bersamanya..kebahgiaan mulai terpancar..si F merasakan saat2 indah dia bersama si M kembali di rasa..sekali lagi nama itu bermain di ingatannya..walupon sesekali dia terkenangkan si M,dia berkata pada dirinya..dia harus sedar kenyataan disisinya sekarang bukan lg si M..tetapi seorang lelaki yg bernama Mr.Q..dia bersyukur kerana Mr.Q sgt2 memahami dan menyayanginya walaupon kdg2 dia berasa berdosa kerana sejujurnya,hatinya masih lagi pada si M..dia cuba untuk melupakan tetapi kenangan2 bersama si M masih kuat terpahat dalam ingatannya..walaubagaimanapon,dia berjanji pada dirinya dan terus mencuba untuk melupakan si M kerana dia tahu tidak adil bg Mr.Q kalau dia mengetahui hal yg sebenar...si F terus mencuba dan berkata pada hatinya,mungkin Mr.Q adalah satu2 teman sejatinya yg memg ditakdirkan untuk menemaninya dalam Taman Cinta ini dan bukannya si M....

Di Jambatan Persahabatan....

Si M berusaha memperbaiki jambatan persahabatan dengan gigih...sesekali dia menoleh kebelakang dan melihat si F semakin jauh meninggalkannya keseorangan di tebing jambatan..terasa ingin dia mengejar si F dan memohon agar si F tidak berlalu pergi..mungkin ego seorg lelaki menguasai dirinya..dia tidak mahu berganjak dengan keputusan yg telah dia buat walaupon hatinya sgt2 berat melepaskan si F pergi...bukanlah beria sgt niat hatinya untuk pulang ke Taman X..akan tetapi dia juga tidak mahu terlalu menurut kehendak si F..mungkin terlepas kata..benarlah terlajak kata sukar ditarik kembali..tambahan ego menguasai dirinya yg bergelar lelaki..dia melupakan sebentar ingatannya pada si F dan teruskan memperbaiki jambatan agar dia bley kembali ke Taman X..terasa sukar apabila melakukan sesuatu keseorangan..ingin kembali ke Taman Cinta..takut terserempak dengan si F..malu rasanya..teruskan juga berusaha dan berusaha..mungkin Tuhan mendengar keluhan hati si M..tiba2 hadir seorg perempuan yg ingin juga menyeberang menggunakan jambatan..dia bertanyakan si M dan bermulalah perkenalan..namanya Miss A...si M memberitahu kp Miss A agar membantunya memperbaiki jambatan jika dia mahu ke seberang..Miss A bersetuju dan sudi membantu..mereka meperbaiki bersama2..si M berasa senang sekali kerana masih ada seseorang yg sudi dan sgt sabar menolongnya..dia terasa sgt2 serasi..Miss A yg sgt peramah dan mesra,melayan kerenah si M dan si M merasakan sgt2 dihargai..walaupon perkenalan mereka baru beberapa ketika,si M berasa sgt2 senang..si M merasa Miss A sgt2 perfect,tidak spt si F yg byk meminta dari memahami dirinya..Miss A sgt2 memahami dirinya...setelah berjaya memperbaiki Jambatan Persahabatan..mereka merentasi bersama..si M sgt2 selesa bersama Miss A kerana Miss A sgt2 berbeza dr si F yg kebudak-budakan...walaupon kadang2 si M merindui kemanjaan si F itu,tetapi..si M lebih selesa ketika bersama Miss A..Miss A sentiasa membuatkan si M tersenyum dan senang hati...si M merasakan mungkin Miss A adalah jodohnya dan bukan si F...sesampai di seberang...si M meluahkan rasa hatinya kpd Miss A..Miss A sudi menerima dengan syarat si M membawanya bersiar-siar di Taman Cinta...terasa satu tamparan hebat untuk si M..berbelah bahagi rasanya..Miss A merasai keanehan dan kebingungan si M..tetapi si M tidak mahu menceritakan perihal si F kpd Miss A..biarlah semua itu menjadi kenangan peribadinya..si M bersetuju walaupon terpaksa membuat keputusan yg sukar..dia tidak mahu lg mengulangi kesilapan yg sama..dia tidak mahu lg kerana keegonnya,dia kehilangan satu lg permata iaitu Miss A...walaubagaimanapon,dia berdoa tidak menemui permata pertamanya iaitu si F...

Hari di mana si M dan Miss A ingin ke Taman Cinta....

mereka bertemu di tebing jambatan dan mengorak langkah dengan hati yg senang..kegembiraan terpancar..mereka berjalan dan terus berjalan..setibanya di tengah2 jambatan...langkah si M terhenti..Miss A terpinga-pinga..mata si M bulat melihat pasangan di depannya..penuh kemesraan..dia bagaikan tidak percaya perempuan dihadapannya adalah si F....
.................................................................................................................................................................
monolog si F:erk!!!adakah itu si M???siapakah perempuan disisinya??...oh,patutla dia beria-ria hendak kembali ke Taman X..ada seseorang yg dia nantikan rupanya..bodohnya aku yg slalu mengingati dia..sedangkan dia tidak pernah mengingati diri ini...ah..pedulikan..aku masih ada Mr.Q di sisi yg sgt2 menyayangi ku..aku tekad akan melupakan mu wahai si M..anggap kita tidak pernah saling mengenali...
....................................................................................................................................................................

sakit hatinya melihat si F mesra bersama seorg lelaki..matanya bertentang dgn mata si F..si M kurang pasti kenapa hatinya terasa dihiris-hiris...si F bagaikan tidak mengenali dirinya..si F berlalu pergi bersama lelaki tersebut manakala si M meneruskan perjalanannya bersama Miss A..langkahnya tidak segagah tadi..lemah sekali..Miss A yg masih tertanya-tanya hanya mampu berdiam diri..dan berharap si M akan menjelaskan semuanya...terdetik di hati si M,mungkin itu hukumannya meninggalkan si F dahulu...


sekian....any komen??dipersilakan....