Saturday, September 4, 2010

StOrY TeLLiNg Part 2

halu2..salam semua...actually entry ni sambungan crita story telling yg di post 12august lalu..tak sangka la plak ada member aku berminat baca n suh sambung crita merapu aku ni..tp,aku berterima kasih kat dorang yg sudi singgah baca crita tipu 2..hehehe~~~untuk membalas jasa anda yg sudi membaca,sy sambung crita ni untuk part 2..tp sorry le baru update coz ke'busy'an melanda sejak akhir2 ni...okes...pay attention n story begin....

Di Taman Cinta...

si F yg tekad untuk kembali dan menetap di Taman Cinta berjalan keseorangan..dia meninggalkan si M di tebing Jambatan Persahabatan..walaupon berat hati nya mengambil keputusan itu..tetapi,dia gagahkan juga kakinya melangkah..sesekali dia berpaling kebelakang mengharapkan si M berubah keputusan dan menggapai tangannya..jika itu berlaku,dia bisik kan pada hati nya,dia sanggup bersetuju mengikut si M kembali ke Taman X...harapan hanya tinggal harapan...si M tidak berganjak dari kedudukan nya..si F sgt kecewa..dalam hatinya dia berkata..tiada guna dia menaruh harapan walaupon hatinya masih mengharapkan keajaiban berlaku..dia mengorak langkah satu persatu kembali ke Taman Cinta...berjalan tanpa arah tujuan..sesekali ia terpandangan pasangan2 lain yg kegembiraan,ada rasa cemburu dan marah dalam hatinya..tetapi,dia hanya mampu melihat..tidak mampu mengubah apa2..sesekali terpandang pasangan yg bergaduh..dan kemudian berbaik semula...dia bagaikan ingin menitiskan air mata..semua itu hanya kenangan...alangkah indahnya saat2 dia bersama si M..ah..ada rasa marah bila terkenangkan nama itu..tapi..ada juga perasaan rindu...si F terasa ingin meluputkan segala ingatannya pada si M..akan tetapi..makin ingin dia lupakan..semakin rindu dan terkenangkan si M..setiap tempat di dalam Taman Cinta mengingatkan dan menguatkan ingatan nya pada si M..kadang2 dia merasakan menyesal kerana pernah mengenali seorang lelaki yg bernama si M..tp,masa tak mungkin boleh berundur..dia pasrah..dia teruskan perjalanan dan tiba di taman permainan yg slalu dia dan si M bermain..benci,rindu,sakit..pelbagai perasaan bercampur baur..si F menitiskan air matanya yg kesekian kalinya..dia berlari..berlari sekuat hati dengan harapan segala ingatannya terhadap si M akan hilang...tiba2 dia tersepak sesuatu dan terjatuh..sakit..tetapi,tidak seperit dan sesakit hatinya...sedang dia cuba mengesat luka akibat terjatuh,tiba2....ada tgn dihulurkan kepadanya..dia medongakkan kepala dan terpandang susuk tubuh seorg lelaki..walaupon saling tidak mengenali,si F yg kekeliruan menyambut tgn itu..bermula perkenalan dan mulalah bibit2 persahabatan..jejaka tersebut bernama Mr.Q..si F merasakan kehadiran Mr.Q tepat pada masanya..kerana dia sgt2 memerlukan seseorg sebagai teman berbicara..Mr.Q seorg yg memahami dan si F mulai selesa bersamanya..kebahgiaan mulai terpancar..si F merasakan saat2 indah dia bersama si M kembali di rasa..sekali lagi nama itu bermain di ingatannya..walupon sesekali dia terkenangkan si M,dia berkata pada dirinya..dia harus sedar kenyataan disisinya sekarang bukan lg si M..tetapi seorang lelaki yg bernama Mr.Q..dia bersyukur kerana Mr.Q sgt2 memahami dan menyayanginya walaupon kdg2 dia berasa berdosa kerana sejujurnya,hatinya masih lagi pada si M..dia cuba untuk melupakan tetapi kenangan2 bersama si M masih kuat terpahat dalam ingatannya..walaubagaimanapon,dia berjanji pada dirinya dan terus mencuba untuk melupakan si M kerana dia tahu tidak adil bg Mr.Q kalau dia mengetahui hal yg sebenar...si F terus mencuba dan berkata pada hatinya,mungkin Mr.Q adalah satu2 teman sejatinya yg memg ditakdirkan untuk menemaninya dalam Taman Cinta ini dan bukannya si M....

Di Jambatan Persahabatan....

Si M berusaha memperbaiki jambatan persahabatan dengan gigih...sesekali dia menoleh kebelakang dan melihat si F semakin jauh meninggalkannya keseorangan di tebing jambatan..terasa ingin dia mengejar si F dan memohon agar si F tidak berlalu pergi..mungkin ego seorg lelaki menguasai dirinya..dia tidak mahu berganjak dengan keputusan yg telah dia buat walaupon hatinya sgt2 berat melepaskan si F pergi...bukanlah beria sgt niat hatinya untuk pulang ke Taman X..akan tetapi dia juga tidak mahu terlalu menurut kehendak si F..mungkin terlepas kata..benarlah terlajak kata sukar ditarik kembali..tambahan ego menguasai dirinya yg bergelar lelaki..dia melupakan sebentar ingatannya pada si F dan teruskan memperbaiki jambatan agar dia bley kembali ke Taman X..terasa sukar apabila melakukan sesuatu keseorangan..ingin kembali ke Taman Cinta..takut terserempak dengan si F..malu rasanya..teruskan juga berusaha dan berusaha..mungkin Tuhan mendengar keluhan hati si M..tiba2 hadir seorg perempuan yg ingin juga menyeberang menggunakan jambatan..dia bertanyakan si M dan bermulalah perkenalan..namanya Miss A...si M memberitahu kp Miss A agar membantunya memperbaiki jambatan jika dia mahu ke seberang..Miss A bersetuju dan sudi membantu..mereka meperbaiki bersama2..si M berasa senang sekali kerana masih ada seseorang yg sudi dan sgt sabar menolongnya..dia terasa sgt2 serasi..Miss A yg sgt peramah dan mesra,melayan kerenah si M dan si M merasakan sgt2 dihargai..walaupon perkenalan mereka baru beberapa ketika,si M berasa sgt2 senang..si M merasa Miss A sgt2 perfect,tidak spt si F yg byk meminta dari memahami dirinya..Miss A sgt2 memahami dirinya...setelah berjaya memperbaiki Jambatan Persahabatan..mereka merentasi bersama..si M sgt2 selesa bersama Miss A kerana Miss A sgt2 berbeza dr si F yg kebudak-budakan...walaupon kadang2 si M merindui kemanjaan si F itu,tetapi..si M lebih selesa ketika bersama Miss A..Miss A sentiasa membuatkan si M tersenyum dan senang hati...si M merasakan mungkin Miss A adalah jodohnya dan bukan si F...sesampai di seberang...si M meluahkan rasa hatinya kpd Miss A..Miss A sudi menerima dengan syarat si M membawanya bersiar-siar di Taman Cinta...terasa satu tamparan hebat untuk si M..berbelah bahagi rasanya..Miss A merasai keanehan dan kebingungan si M..tetapi si M tidak mahu menceritakan perihal si F kpd Miss A..biarlah semua itu menjadi kenangan peribadinya..si M bersetuju walaupon terpaksa membuat keputusan yg sukar..dia tidak mahu lg mengulangi kesilapan yg sama..dia tidak mahu lg kerana keegonnya,dia kehilangan satu lg permata iaitu Miss A...walaubagaimanapon,dia berdoa tidak menemui permata pertamanya iaitu si F...

Hari di mana si M dan Miss A ingin ke Taman Cinta....

mereka bertemu di tebing jambatan dan mengorak langkah dengan hati yg senang..kegembiraan terpancar..mereka berjalan dan terus berjalan..setibanya di tengah2 jambatan...langkah si M terhenti..Miss A terpinga-pinga..mata si M bulat melihat pasangan di depannya..penuh kemesraan..dia bagaikan tidak percaya perempuan dihadapannya adalah si F....
.................................................................................................................................................................
monolog si F:erk!!!adakah itu si M???siapakah perempuan disisinya??...oh,patutla dia beria-ria hendak kembali ke Taman X..ada seseorang yg dia nantikan rupanya..bodohnya aku yg slalu mengingati dia..sedangkan dia tidak pernah mengingati diri ini...ah..pedulikan..aku masih ada Mr.Q di sisi yg sgt2 menyayangi ku..aku tekad akan melupakan mu wahai si M..anggap kita tidak pernah saling mengenali...
....................................................................................................................................................................

sakit hatinya melihat si F mesra bersama seorg lelaki..matanya bertentang dgn mata si F..si M kurang pasti kenapa hatinya terasa dihiris-hiris...si F bagaikan tidak mengenali dirinya..si F berlalu pergi bersama lelaki tersebut manakala si M meneruskan perjalanannya bersama Miss A..langkahnya tidak segagah tadi..lemah sekali..Miss A yg masih tertanya-tanya hanya mampu berdiam diri..dan berharap si M akan menjelaskan semuanya...terdetik di hati si M,mungkin itu hukumannya meninggalkan si F dahulu...


sekian....any komen??dipersilakan....

4 comments:

  1. kan da ckp....itu reality..terlajak kata,padah jdnye...xperlu pertahankan ego kalau xkena pd tmpt.akhirnya dia yg nyesal sbb tgglkn F..pdhl F xda apepown.hepi aje..kn3???:)
    nway weeda,nice stroy..congrats!

    ReplyDelete
  2. tq gak kt tira sudi singgah n baca crita merapu ni..tq cz sudi komen gak...huhuhu~~~

    ReplyDelete
  3. huhu...ok la tu...padan muka M...jgn tgglkn owg yg kita syg tuk owg yg kita suka sbb owg yg kita suka akan tgglkn kita tuk owg yg mrka syg...:))

    ReplyDelete
  4. ani..erm..so,puas ati ngan ending dia??..or nk smbungan lg??..hahaha~~~

    ReplyDelete