Halu readers...juz nak sambung crita story telling sebelum ni.kalo sapa2 tak penah baca.better baca dulu entru 12august and 4sept..takot tak paham plak..hehe~~ walaupon entry sebelum ni macam dah ada penamat..ni konon2 special edition la..ahaks..mcm crita jepun,ada special edition..hehe~~terpengaruh abes dh aku ni..gpon ngah buhsan..so,time to merapu...orait..story begin..hope u olls enjoy reading..tp,nak gtaw awal2..mode kali ni mungkin sentimental sket..hehehehe~~~sad ending la kunun..layannnn....
Scene 1....
Hari ini genap 10tahun perkenalan si M dan si F..untuk mengimbau kembali kenangan itu,si M ke Taman Cinta..tapi bukan keseorangan..dia ditemani Miss A yang setia di sisinya..perkenalan mereka di Jambatan Persahabatan telah merapatkan dan menghasilkan satu ikatan kasih yang tak mungkin putus..walaupun pada hakikat sebenar si M masih mengingati si F..oleh yang demikian,si M ingin mengabdikan tarikh keramat pertemuan nya dengan si F dengan melamar Miss A..mungkin sesuatu yang ganjil dan kejam melamar wanita lain hanya untuk mengabdikan ingatan terhadap si F..tetapi,rasa kasih si M terhadap si F tidak pernah kurang walaupun dia tidah pernah mengatakan kepada si F..egonya dan maruahnya menjadi penyebab..Si M melutut sambil memegang sejambang mawar merah dan di hulurkan kpd Miss A sambil berkata”will u marry me?”..Miss A yang tidak menyangka perkara indah hanya mampu tertunduk...ada butir2 mutiara jernih jatuh ke pipinya..terharu hatinya tidak terkata..dia menyambut jambangan bunga itu dan hanya mengangkuk sambil mengukir senyuman mesra...si M juga tersenyum gembira kerana lamaran nya di terima..lantas berkata “okay..jom kita celebrate hari ini..awak nak makan apa??saya belanja..cakap saja apa..saya belikan...”miss A yang masih malu2 menjawab.. “apakata kita makan ais krim di taman sana..saya teringat lagi awak pernah belanja saya makan ais krim masa kali pertama awak propose saya jadi gf awak...ingat?”si M hanya menganguk setuju..walaupon hakikatnya dia kurang ingat memori itu..lantas berkata “okay,then...jom my future wife..”miss A berkata.. “awak je la pegi beli..saya tunggu kat sini”si M akur sambil berkata “okay..takda masalah..jgn layan orang yang tak dikenali k..”si M pon menuju ke arah penjual ais krim...
Scene 2...
Seorang kanak2 perempuan berlari keriangan di Taman Cinta sambil ditemani sepasang pasangan..pasangan itu ialah si F dan Mr Q...mereka berehat dibawah sepohon pokok nan rendang sambil memerhatikan sahaja kanak2 itu bermain keriangan..dalam pemikiran si F,dia teringan zaman kanak2 nya bersama si M..gembira sekali..hari ni merupakan ulang tahun ke 10 perkenalannya dengan si M..nama yang tak pernah pudar dari ingatannya..walaupun hatinya sakit,tetapi apabila terkenangkan kenangan manis bersama si M,ianya bagaikan menjadi penawar setiap keperitan yang dialami..tanpa dia sedari..titisan air matanya jatuh tak semena-mena apabila terkenangkan nama si M..mungkinkah dia sudah berbahagia bersama kekasih hatinya..Mr Q tersedar akan reaksi si F dan bertanyakan kepadanya..”F,apa yang kamu fikirkan?kenapa awak menangis... “si F tersedar dari lamunan dan cepat2 mengesat air matanya..”oh,takda apa2 lah..habuk mungkin “Mr Q hanya mengiakan walaupun dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan..dia tidak mahu memaksa..biar la si F ikhlas memberitahunya..si F yang sedar akan reaksi Mr Q terus membuka bicara...”saya bertuah kerana mempunyai awak di sisi saya.. saya mungkin tak sempurna.. tapi awak terima saya seadanya..terima kasih di atas perhatian awak selama ni..”Mr Q mencelah... “apa yang awak cuba sampaikan?”si F menjawab “tak ada apa2..Cuma,saya rasa bahagia bila berada bersama awak..tapi saya rasa awak layak menerima sesorang yang lebih baik dari saya..awak seorang yang penyayang..protective..pasti ramai yang akan menyukai awak..”Mr Q tersentap dan menatap terus ke mata si F..dia berfikir..apa yang si F cuba sampaikan...adakah ini tandanya hubungan mereka bakal berakhir??belum sempat Mr Q mahu merungkai persoalan2 itu...terdengar kanak2 perempuan tadi yang kusyuk bermain menjerit sambil berlari menuju ke arah Mr Q dan si F... “abang ngah!!!!adik dah lapar..adik nak makan ais krim”...si F juga lantas bangun dan mengajak Mr Q beredar..Mr Q masih terpinga-pinga..si F beredar dan berkata kepada kanak2 itu.. “okay..hari ni akak belanja okay..adik mia nak ais krim apa..coklat,vanilla,apa saja..”kanak2 itu melompat kegembiraan “yeay..baik la akak ni...abang ngah cepat la..’bakal’ kak ngan nak belanja ni..” si F senyum mendengar perkataan ‘bakal’..Mr Q pun berkata kepada mia “korang berdua je la g beli,abang tunggu kat si ni je”mia mengangguk paham dan berkata.. “ais krim vanilla kan...sama ngan akak..hehehe”Mr Q hanya tersenyum..
Di tempat penjual aiskrim....
“ais krim coklat dua!!!”.. “ais krim vanilla dua,coklat satu!!!”..diucapkan serentak..penjual ais krim berkata “alamak!..maaf cik berdua..Cuma tinggal satu ais krim coklat dan dua ais krim vanilla..siapa dulu ye?”mia merengek “nak jugak ais krim coklat!!!”si F cuba memujuk.. “ais krim vanilla pon sedap..” “tak nak..tak nak..tak nak..”si M yang ada di situ pon berkata “tak apa la..bagi la ais krim tu dekat cik ni..kesian dekat adik ni..tak pe,saya cari tempat lain..”si F yang serba salah pun bersuara “takpe ke cik..kalau tak pun,cik amik la ais krim vanilla ni dua2..saya tak kesah sgt..Cuma nak belikan dekat budak ni je”si M menjawab.. “hmm..takpe2..saya dan gf saya tak makan ais krim vanilla..its okay..budak2,biasa la tu..saya bukan mengidam pon..Cuma nak celebrate kami nak gf saya accept my proposal...haha”si F tersenyum dan mia berkata “tq abang hensem”si M tersenyum mendengar ucapan mia...lantas berkata “comel dan kelakar anak awak ni..bertuah betul awak ye”mata mereka bertentangan...
..................................................................................................
Monolog si M “erk!!!bukankah dia si F..oh..dah berkahwin rupanya dia..comel anaknya..sama macam dia..”
...................................................................................................
Monolog si F “gf???propose??hm..kenapa aku sedih ni..kenapa3?... si F menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata dalam hatinya dia bukan siapa2 lagi dalam hidupku..
....................................................................................................
Tanpa bersuara, si M berlalu pergi...si F pula belum sempat ingin menerangkan bahawa mia bukanlah anaknya...
p/s:bersambung la kowt...penat sudey..hehehe~~~