Friday, April 29, 2011

part time cuti sem

halu3..assalam semua...dok kat umah jadi malas plak nak update blog..hurm..setelah lebih kurang 2minggu bcuti kat umah,mula rasa buhsan..huhu~~cam ni la manusia..tak penah bsyukur..hari2 rutin aku hanyalah tido,makan,tgk tv..so,tpikir la nak cari part time..napa baru skrg??hehhe~~no comment..ngee~~~

okes2..nak cita aku apply keja apa..hurm..actually aku kalo bley nak keja ofis..jadi kerani cam tu..keja ofis hour..dok dlm ofis ber air-cond..(demand kan...huhuhu~~)tapi susah plak nak cari kat area rumah ni..gpon takda transportation nak p keja jauh2..aku nak keja ni coz nak isi kekosongan masa cuti+nak cari experience..tu ja...(okay2 aku tipu)sebab utama nak duit poket..materialistik??ala..aku cari duit untuk diri aku sendiri..tak minta sedekah kira okay what..emokah daku..eh tak3...cool2 ja..

impian nak keja ofis..tapi..well..kita merancang,Allah merancang..and sesungguhnya perancangan Allah sebaik2 perancangan..aku dpt keja cikgu..cikdu sandaran?bukan!!!cikgu ganti??pon bukan!!hishhh malu la nak gtaw..huhu~~dapat jadi cikgu nursery je..(tak baik gelak okay!!)tu je rezeki aku..takpe la..aku bsyukur..may be ni yang terbaik coz aku memg tak da pengalaman nak mengajor..minat???ada la..kalo tak,memang tak kan apply weyh...

okay ni bukan gambar nursery yang bakal aku ngajor-gambar hiasan-

cikgu apa???ni lagi malas nak story..sumpah malu..huhu~~ok,sejujurnya aku minat math..so,jadi cikgu math???
bukan cikgu math!!!

dah tu,cikgu bahasa???


pon bukan!!!

errr..err..actually...jadi cikgu....huhuhu~~~


aah..cikgu bahasa arab...wa...napa la aku sentiasa bjodoh ngan bahasa arab..huhuhu~~~

sabo je la..ada gaya ustazah ke aku ni??aisey man..tapi takpa,aku cabar diri aku sendiri untuk laksanakan tanggungjawab yg dibagi ni..aku start keja selasa depan(3may).wish me luck!!

harap sangat aku bley harungi..memang  la tak teruk sangat ajar budak2..tapi,kerenah budak2 4,5,6 tahun ni aku tak ley pandang rendah..buatnya nanti ada yang meraung kalau aku tengking,tak pasal je..kena muhasabah diri dan kena banyak bsabar ni..nerves memang nerves..tapi aku juz bley tunggu dan lihat ja nx week..apa yang bakal terjadi..aku yang mengajar@aku yang diajar..huhuhu~~~

apa2 pon tq kat owner nursery baitul ummi,bertam putra  yang sudi amik aku jadi part timer kat sana..insya allah aku akan kerja sehabis baik..sumpah nerves..huhuhu~~~

Monday, April 18, 2011

gila youtube???

halu3..entry kali ni nak story pasal video2 di youtube..ada sapa2 yg tak taw youtube tu apa???come on la..kalo taw blogging tp tak taw youtube mustahil beb...mesti something wrong somewhere..kalo ada gak yg tak taw youtube to stand for what..click link ni ok..malas nak copy paste..hohoho~~~



okes..now nak kungsi beberapa pelopor video youtube yg aku pernah layan..antaranya ialah...anwarhadimatluthfi90cikgu shida..korang bley click and komen pasal video 3orang ni...

my comment??hmm..for me,dorang ni kreatif and berani..kenapa kreatif??ye la..contohnya video2 matluthfi90 and anwarhadi ni byk moral value yg bley kita amik..may be bagi dorang juz suka2 nk rakam tp still ada sumthing yg dorang nak sampaikan..dorang ni student lagi..ada plak la masa nak wat video segala..siap upload kat youtube..may be ada yg berpendapat utk cari publisiti..tp bagi aku,hanya dorang yang taw sebab dorang buat suma 2..bagi aku,video2 dorang ni selain ada moral2 valuenya,tak kurang gak kelakar..serius respek la..banyak betul idea2 dorang nak kungsi..dah la youtube ni bley di surf seluruh dunia..gila brann..tabik la..

untuk cikgu shida plak aku respek coz dia sorang perempuan yg berani..tak ramai perempuan yg berani tunjuk muka kat youtube..walaupon juz miming..dah la dia ni keje cikgu..kalo aku,memang tak berani..malu oiii...may be hobi dia..setiap orang ada minat dan alasan sendiri untuk buat sesuatu kan...walaupon hakikatnya kita tak bley nak puaskan hati semua pihak.sekurang-kurangnya dia dapat puaskan hati dia dan tak kaco sapa2 pon kan...cikgu shida ni punya famous sampai masuk harian metro kowt..wahlawei..kalah artis..

apa2 pon,aku suka kalo video2 yg di  upload kat youtube ni yg bertujuan sense of humor or ada moral valuenya..tp aku tak suka la kalo video pelik2 cam video mat rempit segala tu..memang takde pekdah..apa2 pon,teknologi cam youtube ni bagus kalo kita gunakan sewajarnya..yg jadi masalah bila manusia yg terlebih bijak menyalah gunakan teknologi ni utk sumthing yg tak sepatutnya..wallua'lam...

da...adios

kesinambungan entry obesiti

kalo semalam aku ada tulis pasal obesiti yg akan direkodkan dlm kad laporan..tb2 aku terbaca 1notes kat fb pasal kegemukan..kat link ni...


Hadith berkaitan kurangkan makan

Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i].

Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)[1]


Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Shahih Bukhari)


KEGEMUKAN

Kini kajian sains mendapati bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan menunjukkan adanya kecacatan dalam asimilasi makanan kerana lemak yang berlebihan atau tidak berfungsinya kelenjar endokrin. Walau bagaimanapun, faktor keturunan tidak menjadi penyebab kepada kegemukan seperti tanggapan sesetengah orang.

Penyelidekan mengesahkan bahawa kegemukan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh manusia. Sebuah syarikat Insurans Amerika telah menerbitkan statistik yang menunjukkan bahawa semakin meningkat ukuran lilitan pinggang, semakin meningkat penurunan usia manusia.

Mereka yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang melebehi ukuran lilitan dadanya mempunyai kadar kematian lebih tinggi. Kajian juga mengesahkan bahawa penyakit kencing manis lebih dihidapi oleh orang gemuk daripada orang biasa. Kegemukan mempunyai kesan negatif pada organ tubuh, khususnya jantung. lemak yang menggantikan beberapa sel otot-otot jantung dan meneyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan betul.

Nabi Muhammad (SAW) telah memberi amaran terhadap kesan kegemukan apabila beliau SAW mengatakan “Perut adalah rumah segala penyakit”. Kajian tersebut di atas juga memberi amaran agar tidak menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan berat.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan menjaga tubuh badan dan sentiasa sihat adalah dengan mengikut arahan dan bimbingan dari Allah yang memerintahkan kita untuk tidak makan berlebihan. Allah SWT berfirman, “Wahai anak-anak Adam! Ambillah perhiasan kamu pada setiapkali ke mesjid, dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan “[Al-'Araf 7:31].

Oleh itu, empat belas abad yang lalu Islam menjelaskan pentingnya mengamalkan sistem pemakanan sederhana dan normal yang membawa kepada berat tubuh badan yang sederhana dan seimbang.

Islam mendahului kajian perubatan moden dalam mengingatkan manusia terhadap pengambilan makanan yang berlebihan dan kesan negatif kegemukan. Untuk melindungi sistem pencernaan,

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Punca setiap penyakit adalah makan berlebihan ” [Rujuk Eljamie Elsageer]. Hadith Nabi SAW ini menunjukkan pentingnya melindungi sistem pencernaan yang akan mencegah seluruh tubuh daripada keracunan akibat dari makan berlebihan.

Makan berlebihan dan makan sebelum pencernaan sempurna makanan sebelumnya membebani sistem pencernaan, menyebabkan radang pada sistem pencernaan serta melipatgandakan bakteria berbahaya di dalam perut. Kesannya bakteria ini melepaskan racunnya ke dalam darah, sistem pernafasan, sistem kencing dan buah pinggang dan menjangkitinya.

Oleh itu, di sini kita mendapati keajaiban yang jelas apabila Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW yang bertujuan untuk melindungi manusia yang sihat dengan menasihatinya supaya jangan makan berlebihan dan jangan menjadi gemuk, akhir-akhir ini perubatan moden mengakui fakta Islam ini.

hmmm dari apa yg aku baca...aku bley simpulkan..Islam memang tak galakkan umatnya menjadi gemuk dengan makan secara berlebihan..may be tips dari hadith ni sangat berguna..

statement “Perut adalah rumah segala penyakit” sgt menginsafkan aku..huhuhu~~k2,lepas ni kena kawal pemakanan..makan sekadarnya..behenti sebelum kenyang..nasihat untuk diri sendiri jugak..huhuuhu~~~ 

Sunday, April 3, 2011

ABP-BH 2010 memang terbaik...

halu3!!masih minggu exam..tapi masih dunia luar kena amik taw gak..gagagga~~~

actually,baru balik dari tgk ABP-BH...best giler!!!!sumpah tak tipu...tak sia2 tutun kafe and menghabeskan masa selama 3jam...thanks gak kat member2 seangkatan yang sama2 menonton sambil makan kuaci...asyik bebe...hahahaha~~~

pemenang2 memang ada yang dah dijangka and the best part,my fvrt menang the most popular artist...guess who???SAM!!!!luv u lahh...hahaha~~mode gedikszz...lallalla~~~
antara artis2 lain yg menang:-

  • pelakon tv perempuan-fasha sandha
  • pelakon tv lelaki- remy ishak
  • pelakon filem perempuan - LISA SURIHANI
  • pelakon filem lelaki - SAM
  • pengacara lelaki- PAK NIL
  • pengacara perempuan - FAFAU
  • penyampai radio lelaki - fbi
  • penyampai radio perempuan - FAFAU
  • pelakon komedi perempuan - norkhiriah
  • pelakon komedi lelaki - ZIZAN
  • penyanyi lelaki - faizal tahir
  • penyanyi perempuan - yuna
  • artis baru perempuan- ana raffali
  • artis baru lelaki - shahir
  • nasyid - rabbani

ada lagi ke kategori lain ea??...tak ingat dah la...ni je yg aku ingat...huhuhu~~~

p/s:yang huruf besar 2,my fvrt lahh...hehehehe~~~







apa2 pon,aku suka sgt gimik time usop and along nak sampai kan anugerah artis paling popular...sumpah lawak giler...hahaha~~~

*conclusinya,ABPBH kali ni memeng best..10 bintang!!!

luahan hati...

i'm back..hahaha~~~gila bosan ada gap exam neyh..so,mari kita membuang masa..hhahaa~~lama aku tak bercerita panjang jela kan...asyik2 copy paste and letak gambar2 je..lama tak perah otak keluarkan idea2 baru..aicehh..cam penulis handalan je lagak nya..takde ahh..juz nak meluahkan apa yg terbuku di hati..but,1st and foremost aku nak minta maaf if apa yg bakal tercoret ni bakal mencetus kontroversi or menyakiti hati mana2 pihak..aku juz nak meluahkan rasa ati..2 je...

hmm...nampak cam serius je an aku nye statement kat atas..hahaha~~takde mende lahh...juz gimik je tuh..hurm..actually aku nak story sumthing yang aku kdg2 terpikir kenapa and mengapa sesuatu benda cam tu terjadi...mesti korang curious kan..benda apa la aku merepek ni...ok,story dia cam ni....

aku ni ramai kawan..ada yg alim,ada yg sempoi,ada yg sosial,macam2 lahh...memang la ada pepatah berbunyi"kalau berkawan dengan penjual minyak wangi,kita akan dapat tempias wangian nya...kalau berkawan dengan pembuat besi,kita akan terasa tempias panasnya"(tak phm????)mksud dari pepatah ni lebih kurang cam ni la...kalau kita berkawan ngan orang baik2,insya allah kita akan jd baik..kalau kawan kita tu 'tak berapa baik',kita pon mungkin bley jadi tak berapa baik..cam ada reflek la..betul ke tak pepatah ni..hurmm..bg aku,itu penilaian masing2 and bagi aku,aku tak sangkal ada betulnya pepatah ni..tp,aku ni jenis yang kawan je ngan semua orang..juz kadang2 cam permulaan perkenalan tu takde la terus jadi kawan baik..take time la..

eh3..aku dah melalut ni..aku nak cita benda lain sebenarnya..haha~~cam ni...juz nak tanya..korang ada tak kawan yg korang kawan dari kecik sampai la sekarang...kalau ada,dia berubah tak dari dulu sampai sekarang..ala,jgn la kira perubahan fizikal...gemok ke kurus,comot ke lawa..bukan tu maksud aku..maksud aku,perangai..dari baik ke jahat ke..dr alim ke sosial ke??ada tak...aku bukannya apa..aku ni jenis yg suka observe orang...bukan skodeng ok...ntah,aku suka perati@usha gelagat orang...aku ni kadang2 terpikir..kenapa la orang senang sangat berubah..aku penah la dengar orang kata,hati kita ni kalo nak berubah,sedetik je..betul ke ea??hishh..aku melalut lagi..hahaha~~~

ok3...nak bagi senang paham,aku bagi contoh tapi bukan kisah sebenar k..juz nak bagi contoh..

   aku ada seorang kawan..dulunya dia seorang yang alim..maksud alim disini..penampilannya..cara hidupnya..memang nampak kesolehahan nya tu..tapi,dia ni ada bad habit..dia suka membenci dan mengutuk orang2 bersosial or tak menutup aurat..contohnya,if dia ternampak orang dating..dia mesti beristighfar panjang and menyumpah couple tersebut..aku selalu gak tegur dia suh kurangkan mengata orang..bukan mksudku nak mengiakan atau menghalalkan perhubungan bukan mahram..tp,aku rasa sebaiknya,dia menegur dengan cara baik..lebih berhikmah dari bercakap belakang yang tak da apa2 faedah..tp,dia selalu menjawab..ada 3cara menegur..dengan perbuatan,kalau tak mampu dengan percakapan,kalo tak mampu dengan niat dalam hati..so,katanya dia pilih cara yang ketiga..hmmmm....aku iakan je la...aku ni jahil,tak taw apa2...

      aku bukannnya apa..aku cuma takut apa yang diburuk2kan oleh dia pasal orang lain akan reflek diri dia sendiri..kita tak tahu masa akan datang..dia kata,dia yakin hatinya tak akan berubah..tapi,siapa la kita nak melawan takdir Allah..ditakdirkan tahun kedua kami di universiti..dia jatuh hati dengan seorang jejaka..ada ilmu agama la juga..tapi,godaan syaitan lebih kuat dari iman mereka berdua...mereka tak ubah seperti pasangan2 bercinta yg lain..berjumpa setiap hujung minggu..memang pada permulaan perkenalan mereka,ada batas2 dalam pergaulan..tp,lama-kelamaan ianya terlupus dan hilang entah kemana..berpegangan tangan menjadi kebiasaan..dia tak ubah seperti mana pasangan2 yg sebelum ini dibenci dan dikutuk olehnya..aku yang menjadi saksi metamorfosis nya hanya mampu melihat..teguran tak diendah kan..malahan di marah kerana menganggap aku cemburu..perlu kah aku ungkit kata2nya dahulu..atau dia sememangnya sudah 100% mengalami perubahan..Ya Allah aku hanya mampu berdoa agar kau mengembalikan sahabatku pulang ke jalan yang benar...

cam 2 la critanya...ni tiba2 ada idea wat puisi sikit...layan kan je la ea...hahaha~~

dahulu...
kau seorang wanita yg solehah...
di mukamu terpampar sinar keimanan...ayu,bersih dan menenangkan..
tudung labuhmu yang sentiasa menutupi auratmu..
menjadi inspirasiku..aku ingin mengikut jejakmu..
tetapi,hidayah itu bukan milik ku..

ya..aku berusaha..mana mungkin aku melawan takdir..
aku berbangga dapat bersahabat denganmu..
dengan harapan,ku jua dapat menjadi seperti..
tak salah kan aku ingin menjadi sesolehah kamu..

tapi..tapi...tetapi...
sesungguhnya syaitan itu makhluk durjana..
dia yang telah berjanji pada Allah untuk menggoda manusia...
dan dia telah berjaya menggodamu wahai sahabatku..
aku tidak mempunyai kudrat untuk mempertahankan keimananmu..
kerana,aku sendiri masih mencari dahan yang kuat untuk ku berpaut..
kau hanyut dengan kelekaan duniawi..kau hanyut di buai mimpi..
kau hanyut dengan cinta dan nafsu..kau bukan lagi kau yang dulu..

tudung labuhmu sudah terlipat rapi di dalam almari..
tidak lagi aku melihat kau memakainya...
kau mula pandai menagih cinta dari seorang lelaki..
lelaki yang semestinya bukan muhrimmu..pergaulan mu mulai bebas..
berpegangan tangan menjadi kebiasaan...
aku hanya makhluk yg lemah yg hanya mampu membenci perbuatan mu dalam hati..
ku tahu itu adalah selemah lemah keimanan..
tetapi hanya itu yang mampu ku buat..ku tak pasti sama ada masih belum terlewat..
untuk kau berubah wahai sahabat...

p/s:juz berdoa Allah tetapkan iman dan mengurniakan sahabat yang sentiasa mengingati dan menegur kita if kita buat apa2 yang salah..wallahu'alam....wassalam

Saturday, April 2, 2011

exam

assalam...halu3!!!tengok entry pon dah bley agak benda apa aku nak story..

well,seperti yang dah war2kan sebelom ni,skrang ni minggu exam...so,kena ngan tema la kalo story pasal exam kan..kang story pasal holiday cam tak sesuai plak..kalo sebelom ni aku story sindrom2 yg bakal menjelma b4 exam..

so,sekarang memang ngah demam exam la kan..huhuhu~~~stress???toh sah ckp la...sapa yg senang ati nak exam..gilo!!!aku senang ati bila dah last paper je..and BALIK!!!yeay...lalalala~~~



tp b4 balik,kena berhadapan ngan onak dan duri a.k.a exam ni dulu..huhuhu~~~hmmmm...so, u olls...kali ni aku nak story apa yg aku lalui di minggu2 exam ni...lets check it out!!!

GELAGAT B4 EXAM

1)haruslah study..tak kira la last minute ke awal ke...janji study!!!


2)study sambil makan...itu perkara biasa coz masa itu emas kan...lalallalaa~~~


3)study sampai tertido...hmmm..ni nak menunjukkan kesungguhan berstudy namanya....hahaha~~~(padahal byk tido dari study..ngeh3x)


TIPS UNTUK EXAM

walaupon aku bukan la pelajar cemerlang,gemilang and terbilang...juz nak remind je la antara tips yg kena ikut..remind diri aku jugak!!hehehe~~~

1)siapkan kelengkapan alat tulis..ni sgt penting coz b4 g exam kadang2 ada je la yg terlupa nak bawa..nerves punya pasal...so,prepare awal2..huhuhu~~~


2)jgn meniru...dosa taw!!!tp kalo sp2 yang slalu meniru and tak kena tangkap,syabas aku ucapkan..yg 2 bijak namanya..hahahhaa~~~aku final tak penah la lg..tp midterm and kuiz,ehehehe~~~bkn nak tiru,kwn bg tiru..so terpaksa la...hahahahaa~~~


3)jgn panik!!!coz bahaya kalo gelabah sgt...abes beku ilmu dlm kepala otak...sia2 je baca kalo apa yg kita baca tak keluar...ye tak???cool k...hehehe~~~


and the most important thing...jgn lupa bawa matric card..kang tak pasal2 tak ley masuk dewan..hahaha~~and jgn lupa juga berdoa..usaha saja tak menjamin kejayaan..coz kita kena ingat semua tu pemberian dari-Nya...


apa2 pon gud luck..study smart cam aku...hahhahaha~~~


k,dats all entry untuk kali ni..ni main wat je coz skrang ngah gap exam...so,time untuk bpoya2 telah tiba...hahahaha~~~

p/s:jgn tiru perangai sy ni k...hahahaa~~~