Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun, Wisma Putra Buka Bilik Operasi
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.
Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.
"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.
Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.
benda ni aku copy kat sini je...KLIK SINI
MY COMMENT
aku taw berita ni pon dr fb..ada status smlm tulis selamatkan mereka2 kat jepun..so,aku tertarik la nak taw..hehehe~~~ye la..aku ni jarang tgk tv kat U ni..online??haha~~benda lain yg aku layan..tp aku dpt taw,terus google la...huhu~~apa2 pon,aku doakan mereka2 di jepun selamat...and aku juga harap peristiwa tsunami hujung tahun 2004 tak berulang lagi kat Malaysia...serius takut...dah la kena negeri I plak 2..PENANG!!!hampir 6tahun lebey dah peristiwa ni..mesti mangsa2 tsunami dulu pon dah mula nak lupakan peristiwa ngeri 2..ada gak kemungkinan trauma dorang kembali coz berita ni..apatah lagi orang2 Acheh yg kena paling teruk..nauzubillah...kita hanya mampu berdoa yang terbaik..gpon, ni suma kuasa Allah..kita kena redo..
kat bawah ni antara gambar2 yang aku dapat dari 'pak cik google':-
No comments:
Post a Comment